PERLUNYA MENANGIS?

Benak fikiran sudah pun menetapkan perkara yang akan terjadi dalam seharian kita. Andaian yang dibuat bukanlah dijelaskan secara saintifik tetapi melalui adat dan kebiasaan hidup yang ditempuh. Boleh jadi yang "diteka" itu terjadi ataupun kita tidak terperanjat pun dengan apa yang terjadi kerana itu adalah kebiasaan persekitaran dan tabiat orang di sekeliling.

Sesuatu yang diluar jangkaan kita pula,....hmm, adalah lebih berunsurkan "surprise" seperti sambutan hari lahir, anniversary, dan lawatan dari kenalan. Yang kurang baik pula, adalah sesuatu yang tak dijangkau ataupun perkara yang terakhir terlintas dalam otak ini, dan kehilangan seseorang itu, adalah perkara yang sangat berbekas walau sedikit.

Tetapi bagaimana pula sekiranya yang surprise itu adalah perkara seharian kita? Suami sejak seminggu ni asyik hadiahkan bunga, beli barang mahal-mahal untuk kita? (hmm, curang dalam diam ni,..) Ataupun, crush kita puluhan tahun lepas ingin berjumpa secara tiba-tiba, hanya untuk menyatakan hasrat dalam hati, dan setelah itu semua jalan cerita hidup menjadi seperti angan-angan dongeng mimpi? (Dalam hati rasa aku manusia yang paling bertuah dalam hidup ni!!)

Baiklah,..Let's have a twist here,...Bagaimana pula jika kita merasakan tertekan dengan kehidupan seharian kita? Ada sahaja yang tak kena di tempat kerja, sentiasa dimarahi bos, dipulau rakan kerja, dan isu-isu masalah besar dikaitkan berpunca daripada diri kita sedangkan kita rasa baru semalam mereka adalah kakitangan yang membina dan supportive buat diri untuk jangka masa 10 tahun yang akan datang? Apa pula yang akan dirasai apabila mendapat panggilan daripada pihak sekolah mengatakan anak kita terlibat dengan masalah disiplin dan bila disiasat, rupanya masalah ini telah pun kronik sejak awal persekolahan lagi? (Kita sendiri tidak perasan sebarang perubahan pada anak tersebut) Kemana arah tuju kita sekiranya diri kita dianggap mati walaupun duduk bersama keluarga, orang yang tersayang,....mati yang masih bernafas?

Apa yang penulis merepek ni?

Comfort zone,...simple tetapi bukan senang untuk difahami. Kita sentiasa hidup dalam status selesa buat diri kita salah satunya kerana hidup tak perlu banyak berfikir dalam keadaan tersebut. Namun begitu, kita pasti akan terlepas pandang dengan beberapa perkara,....yang merupakan satu tanda bahawa kehidupan kita tak akan sama seperti dulu. Dan perkara itu selalunya adalah di luar comfort zone diri kita. Kebanyakan masalah yang terjadi adalah luar dari norma hidup, dan ringkasnya, semua perlu diubah dari aras pemikiran. Seriusly, kita banyak menempelak orang lain dan jarang menempelak diri sendiri. Jadi, bila sudah tiada sesiapa nak ditempelak, keadaan akan menjadi aman? Mustahil kerana diri sendiri tidak mahu rasa keamanan tu. Kadang kala, hidup banyak makan hati ini penting (bukan untuk orang lain, tetapi untuk kita juga).

Kita tidak akan pernah bersedia dalam apa jua perkara (walaupun perancangan dan persediaan telah pun dibuat), tetapi jika hanya pasrah menadah sahaja apa yang terjadi pada diri pula adalah bermaksud kita tidak ingin mengubah diri. Akhir kata, kita perlu berada di tengah-tengah, bukan 100% diri kita adalah untuk kita, bukan pula 100% diri ini dikorbankan untuk orang lain. Hidup ini adalah sebuah sistem kecil, yang dikumpulkan menjadi satu unit sistem yang besar sedikit, dan kemudian yang digerakkan bersama yang seangkatan dengannya, lalu menjadi sistem yang lebih besar dan akhir sekali dikawal oleh Si Pencipta Sistem. Ubahlah sistem yang kecil itu menjadi lebih baik, dengan harapan sistem yang besar juga akan bertambah baik juga. Namun, jangan lupa siapa pemegang sistem itu ya! (Kalau Dia benarkan sistem itu diubah, bersyukurlah. Jika tidak, bersangkalah yang baik-baik, sebab Dia kan tahu...hehe)


Comments