FASA KEHIDUPAN - Sepintas Lalu
Sudah masuk tahun baru 2018, selamat tahun baru diucapkan.
Cuba direnungkan selama 5 minit ini untuk berfikir sejenak. Apakah yang telah kita lalui sepanjang tahun, kemudian sepanjang hidup. Adakah beberapa matlamat yang diingini dahulu telah dicapai? Apa yang membuat kita jatuh? Apa pula yang membuat kita bangkit? Apa pula perkara surprise yang telah berlaku?
Sepanjang hidup ini pasti ada saat yang kita akan berfikir sedemikian. Tapi persoalannya, sampai mana fikiran kita itu berakhir? Hanya mengenang kisah silam baik manis atau pahit? Atau sehingga ke perancangan masa depan memandangkan kita bakal mendapat kehidupan yang lebih baik? Atau semuanya itu masih lagi angan-angan kerana kita belum lagi memulakan apa-apa?
Apa-apa pun jangan diremehkan saat yang sedikit itu, nampak kecil tetapi di dalamnya terdapat peluang, harapan, idea, semangat dan juga keinsafan yang semuanya akan menjadikan diri ini lebih baik.
Bagi tahun baru ini, saya berharap para pembaca sentiasa menjadikan diri positif dari segi pelbagai aspek terutama sekali untuk kehidupan yang sihat dan sejahtera. Selamat Tahun Baru!

Comments
Post a Comment