PERLUNYA MENANGIS?
Benak fikiran sudah pun menetapkan perkara yang akan terjadi dalam seharian kita. Andaian yang dibuat bukanlah dijelaskan secara saintifik tetapi melalui adat dan kebiasaan hidup yang ditempuh. Boleh jadi yang "diteka" itu terjadi ataupun kita tidak terperanjat pun dengan apa yang terjadi kerana itu adalah kebiasaan persekitaran dan tabiat orang di sekeliling. Sesuatu yang diluar jangkaan kita pula,....hmm, adalah lebih berunsurkan "surprise" seperti sambutan hari lahir, anniversary, dan lawatan dari kenalan. Yang kurang baik pula, adalah sesuatu yang tak dijangkau ataupun perkara yang terakhir terlintas dalam otak ini, dan kehilangan seseorang itu, adalah perkara yang sangat berbekas walau sedikit. Tetapi bagaimana pula sekiranya yang surprise itu adalah perkara seharian kita? Suami sejak seminggu ni asyik hadiahkan bunga, beli barang mahal-mahal untuk kita? (hmm, curang dalam diam ni,..) Ataupun, crush kita puluhan tahun lepas ingin berjumpa secara tiba-tiba,...